Wednesday 14 September 2016

Perayaan Kaum Melayu (2)


Perayaan Kaum Melayu

Hari Aidil Adha

Pengenalan

  • Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
  • Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.
  • 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.




Sumber Gambar : 

https://golovolom.wordpress.com/festivals/malay/hari-raya-aidiladha/ 




  • Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha ialah ibadat korban.
  • Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
  • Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
  • Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.
  • Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan desembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Aidil Adha   
         (Klik link ini untuk maklumat selanjutnya)


Adat Hari Aidil Adha


  • Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.
  • Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangi-wangian.
  • Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
  • Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka. 

9 comments:

  1. Thank you for ur sharing and let me gain some knowledge:)

    ReplyDelete
  2. Thank you for ur sharing, u hv done a good job

    ReplyDelete
  3. Rupa-rupanya Hari Raya Aidil Adha ialah perayaan yang istimewa kerana merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t..Amat berterima kasih kepada ahli-ahli kumpulan ini kerana saya telah memperoleh maklumat yang bernas mengenai perayaan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Kami juga berasa gembira dapat membantu anda memahami tentang perayaan ini.

      Delete