Thursday, 15 September 2016

Perayaan Kaum India




Perayaan Kaum India
HARI DEEPAVALI

Pengenalan





  • Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. 
  • Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.
  • Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
  • Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.
  • Pada malam sebelum perayaan deepavali diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. 
  • Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.





          (Klik link ini untuk maklumat selanjutnya)

  • Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.
  • Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. 

Sumber Gambar :




  • Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. 
  • Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. 
  • Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. 
  • Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
  • Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. 
  • Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun.
  • Perempuan biasanya akan memakai sari manakala lelaki memakai dhoti.


  • Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India.
  • Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga.
  • Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. 
  • Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.
  • Mereka dilarang berpakai  pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.
  • Bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.


17 comments:

  1. Terima kasih atas pujian anda! ^^

    ReplyDelete
  2. Pakaian tradisional indian memang cantik! Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat 👏🏻😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pakaian tradisional Malaysia kita memang cantik! Sama-sama ^^

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kaish atas pujian anda! Kami akan terus berusaha. ^^

      Delete
  4. Saya Tak pernah menyertai perayaan India Tis makes me wish to join for at least one time in my life

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus anda ada keinginan untuk menyambut perayaan ini!

      Delete
  5. Very interesting presentation of Hard Deepavali. Keep up d good work!

    ReplyDelete
  6. I got a lot of information here. Thanks for sharing 😀

    ReplyDelete
  7. Rupa-rupanya kaum india mempunyai banyak peraturan atau pantang larang sama dengan kaum cina juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang kedua-dua kaum ini mempunyai banyak pantang larang.

      Delete
  8. Very detail and useful for me to know india!!Thank you very much for your sharing:)

    ReplyDelete
  9. now i have even more topic to talk with my indian roommate now XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's good! Stay well with your roommate xD

      Delete