- Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah kaum.
- Sesuatu perayaan itu disambut adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu.
- Perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti.
- Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.
- Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu, Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Krismas.
- Di samping itu, masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain.
Friday, 16 September 2016
Pengenalan
Thursday, 15 September 2016
Perayaan Kaum India
Sumber Gambar :
http://www.mstar.com.my/artikel/file=/2009/10/11/mstar_manusia_peristiwa/20091010155551
http://www.mstar.com.my/artikel/file=/2009/10/11/mstar_manusia_peristiwa/20091010155551
Perayaan Kaum India
- Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan.
- Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.
- Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
- Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.
- Pada malam sebelum perayaan deepavali diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga.
- Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.
Rangoli
Sumber Gambar :
http://indianexpress.com/photos/lifestyle-gallery/10-rangoli-designs-to-make-this-diwali/
Sumber Gambar :
http://indianexpress.com/photos/lifestyle-gallery/10-rangoli-designs-to-make-this-diwali/
- Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.
- Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”.
Sumber Gambar :
- Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat.
- Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden.
- Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu.
- Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
- Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari.
- Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun.
- Perempuan biasanya akan memakai sari manakala lelaki memakai dhoti.
Sumber Gambar :
- Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India.
- Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga.
- Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri.
- Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.
- Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.
- Bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Perayaan Kaum Cina
Perayaan Kaum Cina
- Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.
- Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Cheongsam
Sumber Gambar :
- Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang penting dan melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
- Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru.
- Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.
- Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai.
- 12 binatang yang sampai ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan khinzir.
- Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.
12 Zodiac
Sumber Gambar :
- Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
- Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.
- Rumah-rumah dihiasi dengan bunga dan buah limau sebagai simbol murah rezeki.
Adat semasa Tahun Baru Cina
- Masyarakat Cina percaya bahawa sebelum perayaan perlulah membersihkan rumah bagi menyambut Tahun Baru Cina
- Pembersihan rumah lazimnya dilakukan beberapa hari sebelum menjelang Tahun Baru Cina.
- Pada hari pertama semasa Tahun Baru Cina, menyapu lantai adalah dilarang.
- Menyapu lantai pada hari pertama akan menyebabkan kehilangan kekayaan dan nasib baik sepanjang tahun.
- Perkataan yang tidak sopan dianggap akan merosakkan keharmonian sepanjang tahun.
- Orang Cina digalakkan menyatakan perkataan yang sedap hati seperti 'GONG XI FA CHAI' dan sebagainya.
- Kaum Cina juga dilarang memecahkan alatan tembikar dan gelas.
- Jika memecahkan gelas secara tidak sengaja, kita mesti menyatakan 'SUI SUI PIN AN' yang bermaksud yang aman damai sepanjang tahun.
- Tambahan pula, angpau hanya boleh diberi kepada yang belum berkahwin dan juga tidak boleh diberi selepas 'CHAP GOH MEI' (Hari ke-15 Tahun Baru Cina)
Perayaan Kaum Melayu (1)
Sumber gambar :
Perayaan Kaum Melayu
Hari Raya Aidilfitri
Pengenalan
- Hari Raya Aidilfitri juga disebut Hari Raya Puasa.
- Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan perayaan utama bagi penganut agama Islam di Malaysia.
- Hari Raya Aidilfitri disambut selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
- Hari Raya disambut pada tarikh 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam.
- Pada Hari Raya, umat Islam digalakkan bermaaf- maafan antara satu sama lain terutamanya untuk anak-anak kepada kedua ibu bapa.
- Persediaan Hari Raya Aidilfitri:
- Membersihkan rumah dengan gotong-royong.
- Memasang pelita dan sebagainya supaya dilihat cantik dan kemas.
- Baju Melayu adalah pakaian yang tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya.
- Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang.
- Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah baju kurung.
Sumber gambar baju kurung :
Sumber gambar baju melayu :
Adat Hari Raya Aidilfitri
- Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
- Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
- Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.
- Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
- Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
- Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
- Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai lagi.
Tradisi Malam Tujuh likur adalah sebuah bentuk ungkapan syukur dan suka cita masyarakat melayu
Sumber gambar :
Wednesday, 14 September 2016
Perayaan Kaum Melayu (2)
Perayaan Kaum Melayu
Hari Aidil Adha
Pengenalan
- Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
- Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.
- 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Sumber Gambar :
https://golovolom.wordpress.com/festivals/malay/hari-raya-aidiladha/
- Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha ialah ibadat korban.
- Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
- Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
- Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.
- Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan desembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Adat Hari Aidil Adha
- Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.
- Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangi-wangian.
- Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
- Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.
Subscribe to:
Posts (Atom)