Thursday 15 September 2016

Perayaan Kaum Melayu (1)


Sumber gambar :


Perayaan Kaum Melayu
Hari Raya Aidilfitri


Pengenalan


  • Hari Raya Aidilfitri juga disebut Hari Raya Puasa
  • Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan perayaan utama bagi penganut agama Islam di Malaysia.
  • Hari Raya Aidilfitri disambut selepas sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. 
  • Hari Raya disambut pada tarikh 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam. 
  • Pada Hari Raya, umat Islam digalakkan bermaaf- maafan antara satu sama lain terutamanya untuk anak-anak kepada kedua ibu bapa.
  • Persediaan Hari Raya Aidilfitri: 
1.      Perhiasan
  • Membersihkan rumah dengan gotong-royong.
  • Memasang pelita dan sebagainya supaya dilihat cantik dan kemas.
                                                        







2. Pakaian
  • Baju Melayu adalah pakaian yang tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. 
  • Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang
  • Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah baju kurung.



Sumber gambar baju kurung : 

Sumber gambar baju melayu : 


Adat Hari Raya Aidilfitri

  • Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
  • Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
  • Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.
  • Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
  • Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
  • Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
  • Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai lagi.


Tradisi Malam Tujuh likur adalah sebuah bentuk ungkapan syukur dan suka cita masyarakat melayu 


Sumber gambar :



8 comments: